Sunday, May 6, 2012

:: tak salah kan berharap ::

saya berharap
papa mama dimurahkan sangat2 rezeki
disehatkan tubuh badan
dikira pahala amalan
dan diampunkan dosa
aminn

mereka berhak


saya berharap
along ngan angah bahagia dalam perkahwinan mereka
diperkuatkan iman
agar dapat menjadi ketua keluarga
yang dapat membimbing keluarga ke syurga
aminn

mereka layak


saya berharap
kakak awin ajad dan akim berjaya dalam kehidupan
menjadi seorang yang terbimbing
menjadi anak yang soleh
agar dapat membantu papa dan mama ke syurga
aminn

mereka wajar


semoga kita sekeluarga mendapat perlindungan
dan Nur hidayah dari Allah
serta syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w
aminn

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

saya berharap
awak
dipermudahkan perjalanan hidup
disihatkan tubuh badan
agar dapat menghadapi segala jenis cabaran dari-Nya
agar dapat terus menyembah-Nya

awak layak

saya juga berharap
jodoh kita dipanjangkan
lebih dari seorang kawan
lebih dari seorang bakal suami
iaitu sebagai pembimbing saya kelak
insyaAllah
aminnn

kita berhak

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


untuk mereka
pendamping saya
dari kecil hingga dewasa

saya berharap
kita semua berjaya
mencapai segala impian
kebahagiaan
dan dapat menempuh sebarang cabaran
sebarang kemungkinan
yang mungkin merosakkan persaahabatan kita

kita wajar

percayalahh
aku sayang kita semua

Tuhan , makbulkanlah doa ini

No comments: